Tak Susah Tinggalkan Madrid – Ronaldo

Cristiano Ronaldo berkata keputusan untuk meninggalkan Real Madrid bagi menyertai Juventus selepas sembilan tahun mengumpul trofi di Sepanyol tidak sukar untuk dibuat.

Pemain 33 tahun dari Portugal itu menyertai kelab juara Itali berkenaan bulan lalu untuk kontrak empat tahun, menamatkan kerjaya di Sepanyol yang menyaksikannya merangkul dua gelaran La Liga dan empat Liga Juara-Juara.

“Ia keputusan yang mudah. Apa yang dilakukan di Madrid cukup menakjubkan, saya menang semuanya, keluarga menetap di sana, tetapi ia sebahagian daripada sejarah” kata Ronaldo.

Juventus membayar 100 juta euro (RM474.3 juta) bagi mendapatkan Ronaldo, yang tampil buat pertama kali untuk kelab itu dalam kemenangan 3-2 ke atas Chievo Ahad lalu – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.