Alonso, 37 akan meninggalkan F1 pada penghujung musim ini dan mengalih arah dengan menyertai Kejuaraan Tahan Lasak Dunia (WEC).

“Aksi di trek ini bukan seperti yang saya impikan ketika menyertai F1, atau apabila saya berada dalam siri perlumbaan lain atau aksi di trek yang saya alami sebelum ini”

“Saya berhenti kerana aksi di trek, pada pandangan saya, begitu hambar. Malah apa yang kita perkatakan mengenai F1 lebih kepada di luar trek”

“Kita bercakap mengenai polemik. Kita bercakap mengenai mesej radio. Kita bercakap mengenai semua perkara itu dan apabila ia terlalu banyak diperkatakan, ia satu petanda yang buruk”

“Ada siri perlumbaan lain yang mungkin menawarkan aksi lebih baik, lebih keseronokan dan kegembiraan dan itulah yang saya cuba cari” kata Alonso kepada www.autosport.com di Silverstone di mana dia akan berlumba minggu ini menerusi perlumbaan WEC enam jam – AFP