Sturridge Adalah Aset Penting LFC – Klopp

Jurgen Klopp berkata Daniel Sturridge boleh menjadi ‘aset penting’ buat Liverpool selepas tampil dengan persembahan mengagumkan ketika perlawanan pra-musim.

Sturridge yang sering dihimpit masalah kecederaan dipinjamkan ke West Brom pada Januari lalu tetapi dia sekali lagi dipalit masalah sama dan hanya mampu beraksi dalam enam perlawanan.

Dengan hanya memiliki baki 12 bulan di Anfield, karier penyerang England bersama Liverpool tampak seperti sudah berakhir tetapi prestasinya dalam lima perlawanan persahabatan memberikannya sinar baharu.

Dan Klopp yang kecewa dengan ketiadaan Sturridge pada musim lalu bersedia untuk memberikannya ‘talian hayat’

“Kami tidak pernah meraguinya, dan tiada siapa pun pernah meragui mengenai kualiti yang dimilikinya” kata pengurus Liverpool itu di liverpoolfc.com.

“Sejujur-jujurnya, ketika ini dia nampak cukup tajam. Ia menarik, ia cukup menarik buatnya dan juga buat kami. Ia adalah tempoh yang amat penting baginya. Saya ada bercakap dengannya, apa yang dirasakannya”

“Saya tidak mahu menjadikannya pemain yang paling kuat secara fizikal di dalam skuad atau apapun” 

“Pemain yang paling kuat dalam skuad tidak boleh bermain bola sepak seperti Daniel Sturridge  dan tiada kemungkinan dia akan menjadi seperti itu, untuk menjadi pemain paling bertenaga di dalam pasukan, tetapi dia boleh menjadi pemain yang amat penting”

Sturridge boleh disenaraikan kesebelasan utama Liverpool bagi mengharungi perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang West Ham pada 12 Ogos ini di Anfield selepas Roberto Firmino dan penjaga gol baharu, Alisson hanya menyertai skuad di kem latihan pasukan minggu depan.

Liverpool ketika ini mengharungi kejohanan Piala Juara-Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.