Mbemba ‘Lari’ Ke Porto

Pemain pertahanan Newcastle United, Chancel Mbemba berpindah ke juara Portugal, Porto menurut jurucakap kelab, semalam.

Pemain skuad Republik Demokratik Congo itu menyertai Newcastle dari kelab Belgium, Anderlecht pada 2015 dan melakukan 59 penampilan termasuk 11 pada musim lepas.

Bagaimanapun, Newcastle tidak mendedahkan terma kontrak tetapi media British melaporkan kelab akan menerima sekitar 5.5 juta pound (RM29 juta) untuk pemain itu.

Pemain berusia 23 tahun itu dijangka akan menyertai kelab barunya menentang bekas rakan sepasukan di Newcastle pada Sabtu ini dalam aksi persahabatan pramusim.

Pengurus Newcastle, Rafael Benitez telah menandatangani tiga pemain baru setakat ini, termasuk membeli penjaga gol pinjaman Sparta Prague, Martin Dubravka dengan harga 4.5 juta pound (RM23.96 juta).

Benitez turut menandatangani bekas pemain tengah Swansea City, Ki Sung-yueng dengan yuran perpindahan percuma dan membawa masuk secara pinjaman pemain sayap, Kenedy dari Chelsea.

Pengurus dari Sepanyol itu mahu memperkasakan pasukannya dan memperbaiki kedudukan daripada tempat ke-10 musim lepas tetapi perlu menjual beberapa pemain untuk mendapatkan dana – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.