Marquez, Pedrosa Mahu Kekal Rentak Di Sachsenring

Selepas perlumbaan epik di Assen yang menyaksikan 15 pelumba MotoGP melintasi garisan penamat dengan dibezakan hanya 16.043 saat (s), ia dianggap sebagai saingan paling sengit setakat ini dan kemungkinan perkara sama berlaku di Litar Sachsenring Ahad ini.

Litar itu adalah yang terpendek dalam kalendar musim ini iaitu sepanjang 3.67 kilometer, namun ia sering dikuasai oleh kedua-dua pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa, dengan keseluruhan kemenangan 14 kejuaraan, malah mereka berada di atas podium serentak pada 2014, 2015 dan 2017.

Pendahulu keseluruhan kategori pengeluar itu, sudah meraih lapan kejuaraan berturut-turut dalam tiga kategori di litar Jerman itu dengan semua kejayaan bermula dengan menduduki petak utama.

“Kemenangan yang dicatatkan di Assen adalah sangat penting kerana ia adalah perlumbaan yang mudah untuk melakukan kesilapan tetapi kami berjaya mengekalkan kelebihan bagi saingan musim ini” 

“Sekarang kami akan beraksi di litar yang berbeza iaitu secara lazimnya kami unggul di sini namun setiap tahun akan ada perbezaan”  

“Jika hujan atau cuaca sering berubah, semuanya akan menjadi sebaliknya dengan pantas dan anda seharusnya sentiasa bersedia” kata Marquez.

Sementara itu, Pedrosa sudah bersedia untuk perlumbaan di Sachsenring, litar yang sering menjadi kegemarannya.

“Perkara lain yang menarik di Assen ialah kami berjaya melakukan tunggangan dengan pecutan bergaya sama seperti kami lakukan sebelum ini” 

“Jadi, kami akan cuba dan mengekalkan rentak sama di Sachsenring. Kami juga harus mempertingkatkan kelajuan ketika kami menggunakan tayar baru, lebih laju dari sesi kelayakan” kata pelumba berusia 26 tahun itu.

Marquez muncul juara sebanyak lapan kali di litar berkenaan iaitu sekali dalam kategori 125 (2010), dua kali bagi saingan Moto2 (2011, 2012) dan lima kali bagi perlumbaan MotoGP (2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017).

Pedrosa pula berjaya meraih enam kali kemenangan di litar yang sama iaitu dua kali dalam kategori 250 (2004, 2005) dan empat kali bagi kategori MotoGP (2007, 2010, 2011 dan 2012) – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.