Richard Malanjum Ketua Hakim Negara Yang Baru

 

Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum sah dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang baru malam ini.

Malanjum hadir majlis istiadat angkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Beliau merupakan hakim pertama dari Malaysia Timur yang dilantik ke jawatan tertinggi kehakiman negara.

Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Ma’arop pula dinaikkan menjadi Presiden Mahkamah Rayuan. Kedua-duanya dikatakan dalam proses mengangkat sumpah dihadapan Sultan Muhammad V.

Hakim Tan Sri Zaharah Ibrahim akan menggantikan Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk David Wong Dak Wah menggantikan Malanjum sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak yang baru.

Hal ini berikutan Tun Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang sepatutnya bersara pada 31 Julai tetapi telah diminta meninggalkan kedudukan mereka berkuatkuasa hari ini.

Sumber di Istana Keadilan Putrajaya memberitahu mereka diminta mengemas barang-barang kedua-dua hakim ini di pejabat mereka.

Pelantikan hakim berkenaan dibuat selepas Majlis Raja-raja bersidang hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.