Pogba Hadiahkan Kemenangan Kepada 12 Kanak-Kanak Thailand

Paul Pogba menghadiahkan kemenangan separuh akhir mengatasi Belgium kepada 12 kanak-kanak yang terselamat dalam insiden terperangkap dalam gua di Thailand.

Lima mangsa terakhir dari sebuah pasukan bola sepak diselamatkan semalam, daripada gua dimasuki air selepas mengharungi 18 hari yang menyeksakan terperangkap, melengkapkan misi menyelamat yang menarik perhatian dunia.

Kumpulan penyelam elit dan pasukan tentera laut khas Thailand mengeluarkan empat kanak-kanak terakhir termasuk jurulatih berusia 25 tahun menerusi laluan sempit yang dipenuhi air dan gelap.

Susulan kemenangan 1-0 di Saint Petersburg, pemain tengah Manchester United menerusi akaun Twitter miliknya berkata: “Kemenangan kepada hero hari ini, syabas semua, anda sangat kuat.”

Presiden FIFA, Gianni Infantino pada minggu lalu, menjemput pasukan bola sepak yang dikenali sebagai Wild Boars untuk menyaksikan final Piala Dunia pada Ahad.

Namun FIFA dimaklumkan  atas ‘alasan perubatan,  mereka tidak bersedia untuk terbang ke Moscow”

“Keutamaan FIFA adalah kesihatan kepada semua yang terbabit dalam operasi dan akan melihat peluang lain untuk menjemput mereka menyertai acara FIFA bagi berkongsi dan meraikannya” menurut seorang jurucakap.

Pemain bola sepak berusia dari 11 hingga 16 tahun terperangkap selepas meninjau gua berkenaan bersama jurulatih selepas tamat latihan pada 23 Jun.

FIFA turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota tentera laut khas Thailand yang terkorban susulan kehabisan oksigen kerana operasi menyelamat pada Jumaat.

“Simpati kami untuk keluarganya” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.