Cabaran Sukar Tentang Croatia – Southgate

Pengendali England, Gareth Southgate menegaskan aksi separuh akhir menentang Croatia adalah cabaran paling sukar bagi mereka bagi kempen Piala Dunia.

Mereka antara empat pasukan terakhir selepas kemenangan 90 minit mengatasi Tunisia, Panama, Sweden, kemenangan penentuan penalti ke atas Colombia selain kekalahan kepada Belgium.

England akan menentang Croatia di Moscow awal pagi esok waktu Malaysia dengan impian memburu final buat kali kedua dalam kejohanan utama.

Southgate menghormati barisan berbakat yang dimiliki lawan diketuai Luka Modric, Ivan Rakitic dan Mario Mandzukic.

Beliau berkata “Mereka adalah pasukan yang hebat dalam aspek permainan dan kemampuan beraksi bersama bola, kemampuan individu dan untuk kami sebagai sebuah pasukan, ia adalah salah lagi peluang untuk mencipta sejarah”

“Kami perlu terus mengatasi halangan dan saya tahu kita bercerita mengenai kejayaan mereka di peringkat lebih muda namun ini, halangan lebih sukar, tahap lebih tinggi untuk pemain dan kepercayaan semakin meningkat”

England mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak melakukannya pada 1990.

Pencapaian yang jarang berlaku menarik perhatian rakyat England namun Southgate berkata, tanpa mengira sejauh mana England mara, hidupnya kekal sama.

“Sama ada kami menang atau tewas, hidup saya tidak akan berubah” katanya.

“Saya akan pulang, bawa anjing bersiar-siar, menghilangkan diri di Yorkshire namun sudah pasti ini adalah peluang untuk terbabit dalam sesuatu yang sangat istimewa”

“Saya sudah lama dalam sukan ini. Saya akan mendapat lebih banyak perhatian dan tidak mudah untuk bersarapan di tempat tertentu namun ia tidak akan mengubah pandangan saya kepada dunia atau apa yang saya mahu lakukan” – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.