Ambil Peluang Balas Dendam – Deschamps

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menggesa pasukannya mengambil peluang membalas dendam di final Piala Dunia selepas mengakui dirinya masih tidak boleh melupakan kekalahan di final Euro 2016.

Tandukan Samuel Umtiti membenarkan Perancis meraih kemenangan 1-0 ke atas Belgium di separuh akhir sekali gus menghidangkan satu lagi kekalahan pahit buat pasukan generasi baharu skuad Red Devils.

Barisan pemain muda berbakat Perancis kini berhasrat untuk membalut kekecewaan lama, tewas di tangan Portugal di laman sendiri empat tahun lalu di final Piala Dunia yang mungkin antara England ataupun Croatia, Ahad ini.

“Kami harus memenangi perlawanan final kerana kami masih belum dapat melupakan kekalahan dua tahun lalu” kata Deschamps.

“Ia sesuatu yang luar biasa. Saya sangat gembira dengan pemain. Mereka masih muda tetapi mempunyai karakter, mentaliti (kemenangan)”

Dalam Piala Dunia yang diisi dengan set-piece, satu sepakan sudut dilihat menjadi peranan apabila Umtiti muncul tepat pada masanya untuk menyempurnakan hantaran Antoine Griezmann, enam minit selepas memasuki babak kedua.

“Perbezaan yang mengecewakan ialah corak permainan adalah sangat rapat dan begitu sengit” kata pengendali Belgium, Roberto Martinez.

Selain muncul selaku pemain terbaik perlawanan, kerjasama antara Umtiti dan Raphael Varane di bahagian tengah pertahanan dilihat semakin serasi manakala kapten Hugo Lloris, sentiasa menjadi tonggak penyelamat.

Pada sudut lain, pemain remaja Kylian Mbappe muncul selaku penggempur utama Perancis tatkala nasib masih belum memihak kepada Olivier Giroud.

Giroud belum menjaringkan gol dalam lapan perlawanan malah tiada percubaan tepat dilakukan di Russia.

“Saya tidak terlepas begitu banyak” kata Giroud. “Saya mahu membantu pasukan, cuba untuk membantu pasukan untuk mara malam ini”

“Apapun itu bukan persoalannya, sekali lagi, saya yakin dengan peluang saya untuk menjaringkan gol di final dan membantu membawa semula Piala Dunia (ke Perancis). Saya begitu berharap untuk melakukannya di final” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.