Sorakan ABE – Asalkan Bukan England

Buat penyokong bola sepak Scotland, Wales dan Utara Ireland, kes berhubung ABE (Asalkan Bukan England) adalah sesuatu yang biasa.

Sukar buat mereka untuk mengubah sikap lama itu apatah lagi untuk menyokong pasukan kendalian Gareth Southgate di Piala Dunia.

Daripada sudut sukan, Britain menghantar sebuah pasukan untuk ke Olimpik tetapi ia berbeza dalam bola sepak dan ragbi yang menyaksikan persaingan kuno serta perseteruan lebih mendalam.

England adalah negara dominasi di United Kingdom, memiliki banyak sumber, pemain dan lebih kejayaan dalam sukan berbanding jirannya yang kecil.

Andy Murray, bekas juara Wimbledon dari Scotland, menghangatkan lagi situasi apabila berkata dirinya akan menyokong ‘sesiapapun asalkan bukan England’ di Piala Dunia 2006 sekali gus menyebabkan kemarahan penyokong sukan Inggeris.

Ketua politik Scotland mengekalkan nada mereka ketika England mara ke separuh akhir di Russia.

Menteri Pertamanya, Nicola Sturgeon daripada Parti Kebangsaan Scotland (SNP) memuat naik sekeping gambar dirinya memegang model trofi Piala Dunia dengan menyatakan ‘ia sudah berada di laman sendiri (apapun, kita hanya boleh bermimpi!!)’ sebelum mengucap tahniah kepada England selepas meraih kemenangan 2-0 di suku akhir ke atas Sweden.

Ketua SNP di parlimen British, Ian Blackford mendedahkan dia menyokong pasukan tersingkir Peru kerana kemudahan serta keselesaan diberikan mereka ketika satu perlawanan persahabatan baru-baru ini namun menawarkan ‘ucapan tahniah’ sekiranya England menjuarai Piala Dunia.

Di Wales, seteru ‘ABE” naik berang apabila ada kelompok yang mengecat warna bendera England di jalan Welsh menjelang aksi suku akhir menentang Sweden, baru-baru ini.

Penyokong Wales, Elis Anwyl, 22 sentiasa menaikkan setiap bendera lawan England di rumahnya.

“Semua rakan mengatakan ia kelakar tetapi saya ada menerima beberapa mesej mengenainya ada juga yang menggelarkan saya sampah” katanya.

Malah sebuah stesen radio, BBC Wales dipaksa memadamkan tweet yang menanyakan pendengarnya ‘adakah kamu Inggeris sekarang?’ ketika England mara ke suku akhir.

Persatuan Bola Sepak Wales kemudiannya membalas, ‘Kita semua masih Welsh, bukan?’ sebelum stesen penyiaran itu memuat naik permohonan maaf dengan berkata ‘Tangan ke atas tweet kami mengenai Piala Dunia salah. Kami akan memadamkannya’ – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.