Kurang Tekanan Bertemu England – Mandzukic

Bintang Croatia, Mario Mandzukic menegaskan pasukannya tidak merasai sebarang tekanan menjelang pertemuan separuh akhir Piala Dunia berdepan England, awal pagi Khamis ini waktu Malaysia.

Mandzukic yang juga penyerang Juventus berkata, perkara paling mendebarkan mereka adalah ketika penentuan penalti dengan Denmark.

“Bagi Croatia, tekanan paling hebat adalah ketika menewaskan Denmark dalam pusingan 16 terakhir” kata Mandzukic.

“Kami rasa lebih mudah sekarang ini dan kami menikmati apa yang berlaku”

“Tekanan pasti ada apabila perlawanan bermula, tapi kami hanya perlu menikmati separuh akhir Piala Dunia”

Walaupun skuad Croatia lebih berpengalaman berbanding pemain England dengan adanya Mandzukic, Luka Modric dan Ivan Rakitic, penyerang Juventus itu tetap merasakan peluang 50-50 dimiliki kedua-dua pasukan.

“Saya setuju Croatia mempunyai beberapa pemain berpengalaman” katanya.

“Ia akan membantu kami, tapi saya yakin peluang adalah 50-50 kerana semua orang berhak berada di separuh akhir”

“Tiada kebimbangan dari pasukan kami. Kami menghormati semua pemain dan apa yang penting kami percaya kepada diri sendiri”

“Ia sangat istimewa untuk menyumbang sesuatu buat pasukan kebangsaan. Sudah beberapa tahun kami menunggu untuk melakukan sesuatu yang istimewa untuk Croatia”

“Sekarang, kami sudah hampir dengan kejayaan dan kami akan keluarkan segala titik peluh di atas padang untuk mencapai matlamat kami”

Selain itu, Mandzukic turut mengakui terkejut dengan prestasi cemerlang yang dipamerkan penjaga gawang England, Jordan Pickford di Russia – Skysports

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.