Peminat Lepas Geram Gigit Piza Ronaldo, Suarez

Sebuah restoran tempatan membuat kejutan buat penyokong bola sepak apabila menghidangkan piza yang memaparkan wajah sejumlah pemain bintang Piala Dunia.

Menjelang pertemuan pusingan kedua, Uruguay menentang Portugal di Sochi, penyokong bola sepak yang berkunjung ke HopHead Tap Room di St Petersburg berpeluang memesan piza yang memaparkan wajah Luis Suarez dan “mengigitnya.”

Penyerang yang memegang rekod penjaring terbanyak Uruguay itu tiba di Russia untuk memadamkan memori hitam menggigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini pada Piala Dunia 2014 di Brazil.

Wajah bintang Portugal, Cristiano Ronaldo adalah antara pemain yang dihasilkan chef Valery Maksimchik menerusi piza uniknya yang mendapat sambutan hangat penyokong bola sepak dan pelanggan tetap.

“Ia memang menakjubkan” kata seorang pelanggan yang berpuas hati sambil mengunyah sekeping piza berwajah Suarez.

Setiap potret piza mengambil masa hampir dua jam yang perlu dilakukan dengan teliti dan pemotongan.

Tepung terlebih dulu dimasak sebelum proses melukis disusuli meletakkan keju.

“Kami mula melakukannya berkaitan dengan Piala Dunia, menerusi cara ini, kami menyokong bola sepak dan sukan” Maksimchik yang turut melakar piza berwajah jurulatih Russia, Stanislav Cherchesov dan penyerang, Artem Dzyuba.

“Pekerjaan utama saya adalah membuat piza namun ini adalah hobi, jadi saya senang dengannya”

Chef itu berjanji untuk membuat piza dengan wajah setiap pemain Russia sekiranya tuan rumah melangkah jauh dan menjuarai Piala Dunia – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.