Beku Akaun, Tindakan Zalim Kerajaan Pakatan Terhadap UMNO

 

1. Tindakan membekukan akaun UMNO Selangor dan UMNO Johor membuktikan kezaliman dan sikap jahat kerajaan Pakatan berterusan ingin mengenakan tekanan terhadap UMNO pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya.

2. Kerajaan Pakatan, SPRM dan PDRM sepatutnya memberi tumpuan untuk memberikan bukti yang kukuh mengenai dakwaan mereka bahawa RM2.6 bilion dicuri daripada 1MDB dan RM42 bilion benar-benar lesap daripada 1MDB, bukannya mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk memainkan persepsi rakyat dan menghukum melalui media.

3. Sepatutnya tugas pihak SPRM dan PDRM adalah untuk mengumpulkan bukti dan menyempurnakan siasatan seterusnya mengangkat hasil siasatan kepada Peguam Negara untuk ditentukan samada bukti-bukti prima facie dan melangkaui keraguan yang munasabah; bukan dijadikan alat permainan persepsi oleh kerajaan sehingga rakyat mempertikaikan integriti mereka dan menjadikan institusi ini bahan jenaka.

4. Dakwaan yang dibuat oleh Pakatan sebelum ini adalah RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh Najib Razak. Rakyat mahu tahu adakah ini benar dan jika benar di mana buktinya? Tidak masuk akal jika pihak PDRM dan SPRM tidak mampu menunjukkan bukti-bukti kepada dakwaan ini sedangkan kerajaan hari ini menguasai 1MDB, Kementerian Kewangan, Bank Negara dan semua agensi penyiasatan.

5. Sehingga kini rakyat tidak dapat melihat bukti-bukti yang menunjukkan RM2.6 bilion duit 1MDB dicuri oleh rakyat sebaliknya disajikan dengan drama penggeledahan oleh pihak polis dan kenyataan-kenyataan tidak berintegriti pihak berkuasa.

6. Begitu sukar nampaknya pihak berkuasa membuktikan duit RM2.6 bilion dicuri sehingga terpaksa mencari-cari kesalahan di bawah Akta Anti Penggubahan Wang Haram pula sehingga perlu membekukan akaun UMNO negeri pula.

7. Ikutlah ‘money trail’, buktikan RM2.6 benar-benar dicuri daripada 1MDB. SPRM dan PDRM perlu menghentikan permainan wayang persepsi ini dan mengelak dari dijadikan alat kepada kerajaan yang zalim ini.

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.