Poland Mahu Lebih Agresif Berdepan Colombia

Poland akan membuat perubahan dalam perlawanan berdepan Colombia dan bermula  “lebih agresif” dalam pertemuan utama menentang lawan yang juga tewas dalam saingan pembukaan, kata penyerang Dawid Kownacki, hari ini.

Kedua-dua pasukan tewas 2-1 dalam perlawanan pertama Kumpulan H – Poland di tangan Senegal dan Colombia kepada Jepun – bermakna kekalahan tidak menjadi pilihan lagi buat mereka.

“Kami perlu bermain lebih agresif” kata Kownacki. “Dalam saingan menentang Senegal, kami tidak menunjukkan sifat agresif, kami tidak menyerang lawan seperti sepatutnya. Kami perlu lebih tajam. Ini adalah kesalahan utama”

“Ini (agresif) akan menjadi penting dalam pertemuan menentang Colombia. Kami perlu rapat dengan mereka, mereka memiliki pemain yang hebat, pemain bersifat individu yang boleh melakukan banyak perkara jika mereka mengawal bola.

“Apabila kami mengawal bola kami perlu membuat keputusan cepat. Kami menyimpan bola terlalu lama ketika bertemu Senegal, kami tidak berupaya mengikut rentak”

Penolong jurulatih, Hubert Malowiejski berkata sebahagian pemain yang mengecewakan ketika berdepan Senegal akan digugurkan tetapi dia menamakannya.

“Pasti akan ada perubahan, kami tidak akan bermain menentang Colombia dengan pemain yang sama” kata Malowiejski – REUTERS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.