Negeria Sedia Baham Iceland ?

Jurulatih Nigeria, Gernot Rohr berkata skuad kendaliannya sedia ‘menakutkan’ Iceland bagi menghidupkan kembali peluang mereka di Piala Dunia.

Skuad dengan jolokan Super Eagles itu perlu mengelak kekalahan selepas tewas aksi pembukaan Kumpulan D kepada Croatia, dengan Iceland mencipta kejutan apabila mengikat Argentina 1-1.

Bagi melakukannya, Nigeria berharap keadaan panas di venue perlawanan di selatan Russia, Volgograd akan memberikan mereka kelebihan dengan keadaan cuaca dijangka mencecah 30 darjah celsius.

Pemain dari benua Afrika kebiasaannya sudah lali dengan cuaca panas ketika lawan mereka dari utara Eropah terletak di luar Lingkaran Artik.

“Ia sekali lagi akan menjadi perlawanan di tempat lawan bagi kami, mereka akan dikuatkan dengan 20,000 peminat jadi kami mengharapkan sedikit kelebihan dengan keadaan cuaca” kata pengurus dari Jerman itu.

Kekalahan bakal menyaksikan Nigeria menjadi pasukan Afrika ketiga selepas Mesir dan Maghribi tersingkir daripada kejohanan selepas dua perlawanan peringkat kumpulan dengan Rohr berang ketika ditanya sama ada jawatannya turut dipertaruhkan.

“Kami tidak akan tewas perlawanan ini jadi saya tidak akan menjawab soalan ini. Kamu boleh berkata soalan ini sekali lagi selepas perlawanan, tetapi saya akan memberitahu kamu yang kami tidak akan tewas”

Nigeria menyenaraikan pasukan termuda di Russia dengan Rohr berkata pengalaman akan menyaksikan mereka tampil dengan lebih kuat di Piala Dunia berikutnya di Qatar  – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.