Khedira ‘Tak Ambil Pot’ Ejekan Wartawan

Bintang Jerman Sami Khedira mentertawakan tindakan wartawan Sweden yang berseloroh untuk menyerahkan tiket pulang awal kepada pasukan Jerman kerana ia dianggap serangan psikologi menjelang aksi kedua Piala Dunia.

Juara bertahan itu kini berdepan tekanan dalam aksi Kumpulan F di Sochi, perlu menang ke atas Sweden Ahad ini selepas mengalami kekalahan mengejut 0-1 pada perlawanan pertama.

Pemain tengah Juventus itu tetap tenang apabila wartawan tabloid Sweden menyerahkan tiket buatan sendiri kepada seluruh pasukan Jerman.

“Saya tidak rasa kami memerlukannya sehingga 16 Julai ini” kata Khedira sambil tersenyum.

Perlawanan akhir Piala Dunia akan berlangsung di Moscow pada 15 Julai ini.

Jerman perlu menang ke atas Sweden kerana kekalahan kedua bermakna mereka akan pulang lebih awal dan perjuangan mereka akan tamat.

Biarpun ada yang mengatakan dia akan digugurkan, Khedira menegaskan dia boleh mengawal tekanan biarpun barisan tengah Jerman kini dihantui Mexico.

Bekas pemain bintang Jerman, Lothar Matthaeus dan Stefan Effenberg berkata, Khedira seharusnya digugurkan kerana aksi buruknya.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan itu, saya boleh mengawalnya” kata Khedira, merujuk kepada kritikan kepadanya.

“Saya tahu saya tidak bermain dengan baik”  

Khedira sering keluar dari posisinya di pertahanan tengah apabila Mexico melakukan serangan balas ke kubu Jerman pada separuh masa pertama.

“Kami perlu bermain dengan bijak dan bukan seperti budak sekolah, kita perlu bermain bersama” katanya.

“Jika lubang besar terbentuk ketika menentang Mexico, anda perlukan Usain Bolt dan Carl Lewis untuk merapatkan jurang tapi kami tidak” katanya merujuk kepada dirinya dan gandingan di tengah bersama Toni Kroos.

Sekiranya ketua jurulatih, Joachim Loew memilih untuk mengetepikan Khedira dari senarai kesebelasan utama ia bukan satu masalah buat pasukan juara 2014 itu.

“Saya tidak mempunyai masalah dengannya. Ia bukan sebab nama dan anda perlu bermain dalam setiap perlawanan” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.