Jumlah Pengunjung Piala Dunia 2018 Cecah 1 Juta

Lebih 1 juta peminat sudah hadir menyaksikan perlawanan Piala Dunia, kata Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam satu kenyataan, semalam.

Jumlah berkenaan dicatatkan selepas perlawanan ke-21 membabitkan Denmark dan Australia yang beraksi seri 1-1.

“Sehingga ini, lebih daripada 2.6 juta tiket sudah diperuntukkan untuk peminat bola sepak seluruh dunia, dengan jualan tiket terus berjalan sehingga 15 Julai”

“Secara purata, tahap kehadiran di stadium Piala Dunia ialah 97 peratus dan lebih daripada 70,000 tiket dijual semula” kata kenyataan itu.

Satu-satunya perlawanan yang menyaksikan banyak kerusi kosong di stadium ialah ketika Uruguay mencatat kemenangan 1-0 ke atas Mesir di Yekaterinburg di mana lebih 6,000 tiket yang peruntukkan tidak diguna.

FIFA berkata ia disebabkan oleh ketidakhadiran daripada kumpulan organisasi termasuk penaja, ahli persatuan dan penyokong – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.