Foto yang mampu mencairkan hati sesiapa sahaja.

Bagi sebahagian besar dari kita, gambar mungkin hanyalah sekeping gambar. Digunakan untuk merakamkan sesuatu peristiwa mungkin sebagai kenang-kenangan ataupun untuk laporan sesuatu kejadian.

Namun jika anda berada diketika yang tepat untuk merakamkan sesuatu peristiwa, sekeping gambar biasa juga mampu untuk mencorakkan beribu perkataan yang mampu menyentuh perasaan setiap orang yang menatapnya.

Berikut merupakan beberapa koleksi gambar yang mempunyai kisahnya yang tersendiri serta penuh dengan emosi.

“Seorang imigran kembali ke sebuah kedai buku di mana beliau datang untuk belajar sendiri bahasa Inggeris pada 60 tahun dahulu untuk membeli sebuah novel untuk anaknya.”

Kekurangan bahan binaan serta masa yang suntuk memaksa pihak tentera membina jambatan dengan badan mereka bagi menyelamatkan mangsa banjir.

Seorang lelaki muda memegang payungnya untuk lelaki kerusi roda ini untuk melindunginya dari hujan.

“Apabila anjing kesayangan kami mati, anak jiran kami telah mengutuskan sekeping kad yang sangat indah. Anak kecil itu begitu malu dan memotong serta menggantikan namanya kepada nama ibunya. Ianya sangat bermakna walaupun agak lucu ….”

“Setelah melawat kuburan ibunya, sahabat saya ini memutuskan untuk tinggal lebih lama di perkarangan tersebut untuk membersihkan semua gambar yang terdapat dibatu nesan dikawasan tersebut”

“Saya membawa anak anjing baru kami ke rumah jagaan orang-orang tua berdekatan dengan rumah kami. Mereka terus menjadi kawan baik”

“Saya tertanya-tanya mengapa terdapat banyak bola tenis di taman anjing saya pergi…”

Anjing ini mengawal tuannya yang secara tiba-tiba pengsan di jalan raya.


Di Belanda, 4 Mei merupakan Hari Peringatan Negara bagi mereka yang telah terkorban pada diperang dunia ke-2. Pada pukul 8 petang, selama 2 minit semuanya akan berhenti dan senyap tanda menghormati para korban. Pengangkutan awam, dan hiburan juga akan berhenti, termasuk penghantar piza ini.

Tidak mampu berkomunikasi secara normal, nenek yang bisu dan pekak ini mengajarkan bahasa isyarat kepada cicitnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.