Teruskan Projek Pengangkutan Awam, Bukannya Kereta Nasional

 

KUALA LUMPUR 11 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Pakatan Harapan seharusnya meneruskan projek pengangkutan awam seperti projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan bukannya memulakan sebuah lagi projek kereta nasional.

Najib berkata, tindakan tersebut hanya akan menyebabkan kerajaan melaksanakan langkah-langkah perlindungan yang membebankan rakyat dengan harga kereta dan kos pembiayaan lebih tinggi.

“Sepanjang masa saya sebagai Perdana Menteri, saya telah membuat keutamaan untuk mengurangkan harga kereta secara beransur-ansur dengan memperkenalkan insentif semasa memperluaskan projek pengangkutan awam.

“Akibatnya, harga kereta sekarang lebih rendah daripada ketika saya mula-mula menjadi Perdana Menteri dan sementara itu penggunaan pengangkutan awam telah melonjak,” katanya menerusi akaun Facebook beliau hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.