Ketua Polis Negara Ditukar Bulan Depan?

 

KUALA LUMPUR, 11 Jun — Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dijangka digugurkan daripada jawatan ketua polis negara, lapor Straits Times hari ini.

 

Tanpa mendedahkan sumber, akhbar harian Singapura itu turut melaporkan tiga jabatan polis akan dibubar kerana disyaki terlibat rasuah manakala beberapa ketua polis ditukar.

 

“Ya akan berlaku gegaran 8.5 skala Richter [dalam pasukan polis] tidak lama lagi pada Julai,” menurut sumber tersebut.

 

Namun, sumber itu tidak menyatakan sebab Fuzi yang dilantik menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada September lepas, digugurkan.

 

Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim dan pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani disebut-sebut sebagai pengganti.

 

Tiga jabatan itu pula adalah Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gengsterisme (Stagg), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).

 

“Kebanyakan mereka yang diberi amanah membanteras jenayah adalah mereka yang memberi perlindungan,” menurut sumber.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.