Trump Tuduh PM Kanada Tidak Jujur, Lemah

 

 

QUEBEC CITY: Presiden Donald Trump, secara dramatik menarik balik sokongan kepada kenyataan bersama pada akhir sidang kemuncak G7 di Kanada semalam dalam perbalahan berhubung perdagangan, menuduh Perdana Menteri negara itu, Justin Trudeau, tidak jujur.

“Berdasarkan kenyataan palsu Justin pada sidang akhbarnya, dan hakikat Kanada mengenakan tarif tinggi kepada peladang, pekerja dan syarikat Amerika Syarikat, saya mengarahkan wakil kami tidak menyokong Communique,” katanya dalam Twitter yang dihantar dari dalam pesawat Air Force One.

Trump, yang dalam penerbangan ke Singapura untuk bertemu pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, juga mengulangi amaran pentadbirannya menimbangkan tarif ke atas kenderaan yang membanjiri pasaran AS dalam langkah ditujukan kepada satu lagi negara G7, Jerman.

Trump kemudian menyelar Trudeau, berkata pemimpin Kanada itu ‘beraksi lembut’ dalam perbincangan bersama tetapi kemudian menegaskan tidak mudah diugut dalam sidang akhbar.

 

“Amat tidak jujur dan lemah,” kata Trump, menambah tarif AS yang dikenakan baru-baru ini ke atas keluli dan aluminium dari Kanada adalah sebagai tindak balas kepada langkah saya dikenakan ke atas produk tenusu AS oleh Kanada. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.