Tite – Bakal Uji Neymar Gasak Austria

Skuad Brazil yang mempertaruhkan kehebatan Neymar akan membuat sentuhan terakhir ke Piala Dunia apabila berdepan Austria awal pagi esok dalam perlawanan yang disifatkan jurulatih Tite sebagai perlawanan paling sukar dalam persiapan mereka ke Russia.

Neymar membuktikan tahap kecergasannya dengan aksi memukau sebaik kembali daripada kecederaan dengan jaringan yang membantu kemenangan ke atas Croatia di Liverpool hujung minggu lalu.

Bintang Paris Saint-Germain itu diperkenalkan pada separuh masa kedua menentang Croatia tetapi bakal diturunkan sebagai kesebelasan utama menentang Austria sejak cedera buku lali akhir Februari lalu.

Neymar mengakui dirinya 80 peratus cergas selepas aksi minggu lalu dan perlawanan menentang Austria akan membuatnya lebih bersedia untuk perlawanan sulung Brazil menentang Switzerland pada 17 Jun.

Tite memandang perlawanan itu dengan rasa khuatir.

“Secara emosinya perlawanan ini mungkin paling sukar” katanya pada sidang media.

“Ini kerana ia jatuh seminggu sebelum perlawanan pertama kami di Piala Dunia dan wujud risiko kecederaan dan kehilangan keyakinan”

Biarpun Neymar  berlatih secara normal minggu ini, dia tidak mungkin akan beraksi sepanjang 90 minit di Vienna, kata doktor Selecao, Rodrigo Lasmar.

“Namun sudah pasti dia akan bermain lebih lama berbanding perlawanan lalu”

Diundi dalam Kumpulan E, Brazil akan menetang Costa Rica dan Serbia selepas Switzerland – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.