Shaheizy Sam Bawa Keluarga Makan Angin Ke Rusia Sempena Piala Dunia 2018

SHAH ALAM: Sambutan Aidilfitri yang kebetulan diraikan ketika kehangatan musim Piala Dunia 2018 mencetuskan idea kepada pelakon berkarakter, Shaheizy Sam untuk membawa keluarganya bercuti di Russia.

Sam berkata, impian untuk menyaksikan pasukan kegemarannya, Jerman beraksi sudah terpendam sejak Piala Dunia 2014 di Brazil, namun akhirnya tercapai apabila dia dan keluarganya akan berlepas ke Russia pada 9 Syawal nanti.

“Kami akan berada di sana sehingga bulan depan. Sebenarnya, sejak 2014 lagi, saya berhasrat mahu menonton pasukan Jerman beraksi secara langsung. Kebetulan Piala Dunia 2018 berlangsung ketika musim Syawal, saya terus memasang niat mahu bawa keluarga ke sana”

“Ikutkan perancangan, kami akan bertolak pada 9 Syawal nanti dan hanya pulang bulan depan. Memandangkan anak sudah besar sikit, jadi bolehlah kami ke sana dengan selesa” katanya.

Sam berkata, perancangan itu dibuat memandangkan jadual penggambaran filem terbarunya hanya akan bermula Ogos ini. Justeru, kesempatan itu dimanfaatkan bintang Polis Evo untuk membawa keluarganya pergi bercuti.

Bakal meraikan Aidilfitri di rumah mentuanya di Pulau Pinang dan Melaka bersama keluarganya, Sam ingin memanfaatkan cuti sempena sambutan perayaan untuk bersama insan tersayang sebelum kembali sibuk dengan kerjaya seni.

“Mummy (Khaty Fauziah) sudah berpindah ke Melaka. Jadi, saya dan isteri (Syatilla Melvin) belum buat keputusan mahu pulang beraya ke mana dulu”

“Tahun lalu, saya bawa ahli keluarga beraya di rumah mentua. Tahun ini, mungkin kami beraya di Melaka dulu, kemudian baru ke Pulau Pinang. Mungkin juga sebaliknya kerana semua itu bergantung kepada keadaan” katanya.

Sam mengakui, sambutan Syawal kali ini lebih bermakna apabila anaknya, Syeriv Samheizy yang sudah berusia lebih setahun suka berjalan-jalan, membuatkan dia begitu teruja untuk membawanya menziarahi sanak-saudara – BeritaHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.