Perez ‘Silang’ Kedudukan Lanzini ?

Pemain tengah River Plate, Enzo Perez akan menggantikan Manuel Lanzini dalam skuad 23 pemain Argentina di Piala Dunia, kata Persatuan Bolasepak Argentina, hari ini.

Perez, 32 dipanggil jurulatih Argentina, Jorge Sampaoli selepas pemain West Ham United, Lanzini mengalami kecederaan ligamen serius di lutut kanannya ketika sesi latihan, semalam.

Lanzini, 25 yang dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dijangka mengharungi rehat panjang susulan kecederaan berkenaan.

Kecederaan Lanzini menjadi tamparan buat Sampaoli yang sering menyenaraikannya dalam kesebelasan utama tatkala dua lagi pemain, Lucas Biglia dan Ever Banega juga mengalami kecederaan kecil.

Perez yang juga bekas pemain Valencia dan Benfica turut berada dalam skuad Argentina ketika Piala Dunia 2014 dan disenarai dalam kesebelasan utama final di mana pasukannya tewas 0-1 kepada Jerman selepas tambahan masa.

Skuad kebangsaan Argentina dijadual tiba di Russia dari Barcelona, lewat hari ini menjelang hari pembukaan Piala Dunia pada 14 Jun.

Juara dunia dua kali itu diundi dalam Kumpulan D bersama Iceland, Croatia dan Nigeria – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.