Kadir Jasin Letak Jawatan Ketua Media Majlis Penasihat Kerajaan

 

 

PETALING JAYA: Datuk A. Kadir Jasin meletak jawatan sebagai Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada Sabtu, lapor agensi berita Bernama.

 

Peletakan jawatan beliau dipercayai ada kaitan dengan tulisan berkaitan Yang di-Pertuan Agong dalam blog peribadinya baru-baru ini.

 

Dalam blog itu, beliau mendakwa Sultan Muhammad V membelanjakan sebanyak RM257 juta dalam tempoh 16 bulan sejak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong.

 

Selain itu, lembaran terperinci perbelanjaan itu juga turut tersebar di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

 

Dakwanya, purata RM16 juta sebulan dibelanjakan antaranya ke atas penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.

 

Kadir berkata, jumlah yang dibelanjakan untuk perbelanjaan Agong menunjukkan raja Melayu tidak memerlukan jaminan kedudukan mereka tidak terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.