Rizab Bank Negara ‘Hangus’ RM3.6 Bilion Kurang Sebulan PH Perintah Putrajaya

 

Hari ke-22 pemerintahan Pakatan Harapan, rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) jatuh RM3.6 bilion (US$900 juta) kepada RM431.26 bilion (US$108.5 bilion) berikutan penyusutan nilai ringgit akibat daripada kehilangan keyakinan pelabur asing di Malaysia.

Dipetik Bernama, BNM melaporkan kedudukan rizabnya setakat 31 Mei memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab tukaran asing (AS$102.1 bi­lion atau RM405.81 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion atau RM3.17 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)(AS$1.2 bilion atau RM4.77 bilion), emas (AS$1.6 bilion atau RM6.36 bilion) dan lain-lain aset (AS$2.8 bilion atau RM11.13 bilion).

BNM berkata, aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain antaranya SDR (RM18.96 bilion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.52 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.95 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.31 billion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) serta aset-aset lain (RM9.61 bilion).

Nilai ringgit menyusut 1.4 peratus kepada RM3.9798 berbanding dolar US sepanjang Mei dipengaruhi faktor utama disebabkan oleh keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sejak Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan, pelabur asing melakukan jualan ekiti besar-besaran menjadikan jumlah dana keluar negara terpanjang dalam sejarah Bursa Malaysia, lima minggu berturut-turut.

Hal ini berikutan dasar kerajaan PH teraju Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang merupakan pendapatan sekunder negara sebelum ini, selepas petroleum.

Pelabur asing enggan membenarkan PH menggunakan wang pelaburan digunakan sebagai kos operasi berikutan pembatalan GST.

Ianya didorong lagi dengan pengumuman kerajaan membatalkan projek Landasan Berkelajuan Tinggi (HSR) dan projek Aliran Transit Massa Fasa 3 (MRT3).

Bloomberg dalam pada itu melaporkan, peletakan jawatan Tan Sri Muhammad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) akan menambah ketidaktentuan da­lam ekonomi negara selepas menyaksikan perubahan kerajaan pada 9 Mei lalu.

Jumlah ekuiti keluar untuk bulan Mei sahaja adalah RM5.6 bilion.

– mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.