Messi Lebel Griezmann Pemain Hebat

Spekulasi perpindahan Antoine Griezmann ke Barcelona terus hangat diperkatakan apabila bintang berpengaruh kelab gergasi Sepanyol itu, Lionel Messi melabel penyerang Perancis berkenaan sebagai “pemain hebat”, lapor akhbar sukan Sepanyol, Mundo Deportivo, hari ini.

“Dia jelas pemain yang hebat” kata Messi ketika ditanya mengenai penyerang Atletico Madrid itu.

Bagaimanapun, Messi berkata, dia “tidak 100 peratus yakin”jika peledak Perancis itu akan berpindah ke Catalonia tetapi tetap menghamburkan pujian terhadapnya.

“Pemain yang baik sentiasa memahami dan dia berada di tempoh yang menakjubkan dalam kariernya” kata Messi.

Messi turut memberitahu Mundo Deportivo, dia berharap percubaan Real Madrid untuk memancing penyerang Paris Saint Germain, Neymar tidak berjaya.

“Kebenarannya ialah ia langsung tidak menggembirakan saya” kata Messi mengulas prospek berjumpa bekas rakan sepasukannya itu memakai jersi serba putih Real – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.