Fekir Hampiri Ke LFC

 

Kapten Lyon, Nabil Fekir dijangka menjadi pemain terbaru dibeli Liverpool dengan harga STG53 juta (RM283 juta), menurut laporan media Britain semalam.

Kelihatan cuba bangkit daripada kekalahan pada final Liga Juara-Juara bulan lalu, Liverpool sudah mengukuhkan bahagian tengah mereka musim depan dengan kehadiran Fabinho dari AS MOnaco dan Naby Keita, dalam perjanjian yang dipersetujui bersama RB Leipzig tahun lalu.

Fekir yang boleh bermain di bahagian tengah atau serangan, dijangka memenuhi kekosongan ditinggalkan berikutan perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona, Januari lalu.

Pemain berusia 24 tahun itu berada dalam skuad Perancis bagi Piala Dunia di Russia.

Liverpool berharap dapat memuktamadkan perjanjian itu sebelum Fekir berlepas ke Russia susulan aksi pemanas badan terakhir Perancis menentang Amerika Syarikat, awal pagi Ahad ini.

“Rundingan antara dua kelab ini boleh dimuktamadkan Jumaat ini (hari ini) dalam perjanjian yang mungkin bernilai 60 juta euro” lapor BBC.

Fekir menjaringkan 24 gol musim ini untuk membantu Lyon layak ke Liga Juara-Juara dengan berakhir di tangga ketiga Ligue 1.

Liverpool bagaimanapun mempunyai impian besar sesudah terlepas kejuaraan Piala Eropah keenam apabila tewas 1-3 kepada Real Madrid pada 26 Mei lalu.

Selain bertindak lebih baik dalam Liga Juara-Juara, Liverpool menyasarkan untuk merapatkan jurang dengan juara Liga Perdana Inggeis, Manchester City sekali gus menamatkan penantian 28 tahun sejak mereka kali terakhir memenangi kejuaraan Inggeris – AFP

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.