5 Cara & Kaedah Anak Muda Pilih Ketua Pemuda UMNO Malaysia

 

 

Setiap orang bebas untuk menyokong siapa calon pilihan mereka bagi jawatan *Ketua Pemuda UMNO Malaysia*…. dari 3 calon ini aku berminat nak berkongsi pandangan aku kenapa calon *Shahar Abdullah* aku lihat mempunyai sedikit kelebihan dari calon2 yang lain berdasarkan pemerhatian aku….

*1. Ahli Parlimen*

faktor sebagai *Ahli Parlimen* wlp *MP Pembangkang* kita tidak boleh menidakkan bahawa beliau boleh membawa agenda anak muda dalam Dewan Rakyat wlp sebagai pembangkang…. dalam keadaan sebagai pembangkang KPPUM mesti mempunyai suara dalam dewan disamping suara di luar…. maknanya calon Ketua Pemuda kali ini harus dari orang yang mampu bersuara dan menyampaikan suara anak muda dari luar dan dalam….. ini yang tiada pada calon2 lain…..

*2. Akar Umbi*

ini faktor yang agak penting kerana sebagai seorang panglima perang harus memiliki jeneral2, kesatria, pahlawan, seterusnya tentera barulah boleh bertempur disamping bantuan ketenteraan dari pangkima perang yang lain… dalam erti kata lain *Shahar* ketika ini sebagai *Ketua Pemuda Bahagian Paya Besar* dan *Ketua Pemuda Negeri Pahang* yang paling tidak mempunyai akar umbi berbanding calon lain….

*3. Watak Vokal / Lantang*

ini karekter yang amat penting pada aku bagi seseorang yang bergelar Ketua lebih2 lagi *Ketua Pemuda UMNO Malaysia*…. takkan kita nak seorang ketua di peringkat pusat yang kelihatan lembut dalam peperangan…. ya betul air muka yang bersih dan baik itu mungkin lebih digemari sesetengah orang tapi sebagai *Ketua Pemuda Pembangkang* dalam suasana geopolitik sekarang UMNO memerlukan seorang ketua yang berani mengetuai anak2 muda menyuarakan pandangan dan idea secara vokal disamping mampu memobilasi jentera berhimpun bagi menyatakan pendapat dan suara berkaitan sesuatu itu…. dan karekter itu ada pada Shahar…..

*4. Berada Dalam Negeri Menang*

ini kadangkala yang perwakilan atau Pemuda yang terlepas pandang mungkin kerana senario kali ini muka2 baru yang menyandang jawatan tertinggi Pemuda di peringkat Cawangan dan Bahagian yang secara sedar atau tidak melihat perkara yang penting disebalik pengisian jawatan ini…. menjadi ketua seringkali perlu menggerakkan sesuatu dalam bentuk yang besar kerana ia nasional bukan sekadar Cawangan atau Bahagian yang ada beberapa kumpulan sahaja… UMNO tidak lagi seperti dulu yang mungkin mewah kerana menjadi kerajaan dan segala2nya dihidangkan depan mata….

maka berada dalam negeri menang merupakan advantage kepada calon seperti *Shahar* untuk membantu bahagian2 dan negeri yang UMNOnya kalah serta menjadi pembangkang dalam menggerakkan aktiviti2 bagi menarik kembali minat anak muda kepada UMNO…. dan ini juga tiada kepada calon lain….

*5. Bukan Anak Bangsawan*

faktor ini sedikit sebanyak juga mempengaruhi pola pengundi2 sekarang pasca kekalahan kerana di lihat banyak calon2 yang dari anak bangsawan ini sukar untuk turun ke bawah akar umbi dengan harapan wang ringgit mampu membeli jiwa…. ini yang ada pada *Shahar* ini kerana berasal dari keluarga Felda dan menjadi anak Felda sudah tentu banyak mengajar beliau agar zuhud dan down to earth…. nak jadi orang biasa nie bukan benda yang boleh anak bangsawan lakonkan kerana sepanjang aku mengenali mereka2 yang dari keluarga bangsawan memang payah nak ubah karekter wlp mereka menyatakan mereka paham apa kehendak rakyat kebanyakkan…. dan ini juga tiada pada calon lain…..

aku rasa cukuplah setakat ini apa yang aku rasa mengenai calon *Ketua Pemuda UMNO Malaysia* sdr *Shahar Abdullah Ketua Pemuda Negeri Pahang* dan *Ketua Pemuda Bahagian Paya Besar* yang juga *Ahli Parlimen Paya Besar*……

anda suka calon lain itu terpulanglah kerana kita bebas memilih siapa yang kita suka…. tapi jika anda tidak tahu mahu memilih siapa maka tidak salah jika memilih beliau ini….

 

 

SUMBER : https://myratiing.blogspot.com/2018/06/5-sebab-kenapa-anak-muda-ini-pilih.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.