Rose Ikrar Tidak Bawa Keluarga Ke Rusia

 

 

 

Pertahanan kiri England, Danny Rose tidak akan ditemani keluarganya di Piala Dunia Russia berikutan kebimbangan mereka akan menjadi mangsa sasaran perkauman.

“Saya tidak bimbang dengan diri saya, tetapi saya sudah memberitahu keluarga yang saya tidak mahu mereka berada di sana kerana masalah perkauman dan apa juga yang mungkin berlaku” kata Rose kepada London Evening Standard.

“Saya tidak mahu merasa bimbang apabila saya cuba untuk menyediakan diri untuk perlawanan dan juga keselamatan keluarga saya”

“Jika sesuatu berlaku kepada diri saya, ia tidak akan menjejaskan saya seperti jika sesuatu berlaku terhadap keluarga saya. Saya tidak kisah dengan apa saja yang mungkin atau mungkin tidak akan berlaku, dan saya gemar untuk berfikir saya boleh menanganinya dengan cara yang paling betul”

Pada Mac lalu, Persatuan Bolasepak Russia didenda STG22,000 (RM117,242) oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) susulan laungan berbaur perkauman dinyanyikan penyokong negara itu ketika perlawanan persahabatan menentang Perancis.

Jaringan anti-diskriminasi, Bolasepak Anti Perkauman di Eropah (FARE) melaporkan 89 kes berkaitan perkauman dan insiden berkaitan pada perlawanan di liga Russia pada musim 2016-2017.

Justeru, Rose turut mengkritik bagaimana hak penganjuran kejohanan terbesar dunia itu diberikan kepada negara di mana kesalahan membabitkan perkauman adalah perkara yang biasa.

“Bapa saya amat sedih. Saya tidak boleh mendengarnya. Dia berkata dia mungkin tidak akan mendapat peluang lain untuk datang dan melihat saya bermain di Piala Dunia” kata Rose.

“Mendengar kata-katanya, ia begitu emosional. Ia amat sedih. Itulah yang berlaku. Russia memperoleh hak menganjurkan Piala Dunia dan kami perlu mengharunginya”

“Denda RM117,242 adalah menjijikkan. Apa yang mereka (FIFA) jangkakan? Saya tidak mahu kedengaran berlagak tetapi jika saya didenda RM117,242, yang berbunyi tidak penting, ia tidak memberi sebarang perbezaan. Negara didenda RM117,242 adalah sesuatu yang boleh menjadi bahan ketawa” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.