England Hanya Sasar Gelaran Juara Piala Dunia 2018 – Raheem

 

 

Pemain England, Raheem Sterling menegaskan gelaran juara Piala Dunia menjadi sasaran mereka bulan depan meskipun rekod skuad Three Lions agak buruk apabila gagal melangkah jauh sebelum ini.

Skuad kendalian Gareth Southgate berkumpul di pangkalan mereka di Repino, selatan Saint Petersburg minggu depan dalam usaha untuk menamatkan kemarau 52 tahun tanpa kejuaraan di kejohanan utama sejak menjulang Piala Dunia 1966.

Sterling adalah sebahagian daripada tonggak skuad England yang tersingkir di peringkat kumpulan empat tahun lalu dan dimalukan oleh Iceland di pusingan 16 pasukan terakhir di Euro 2016.

Bagaimanapun dia tidak bersetuju dengan tanggapan bahawa England seharusnya berpuas hati jika mara ke suku akhir kali ini.

“Tidak, ia bukan pencapaian yang baik kerana kami mahu memenanginya,” katanya pada sidang media pra-kejohanan skuad England”   

“Saya tidak datang ke sini selama empat, lima, enam minggu dalam hidup saya untuk menyatakan ‘kita lihat apa yang berlaku nanti dan berharap dapat layak ke pusingan 16 pasukan terakhir”

Kapten England, Harry Kane juga menyeru rakan sepasukan supaya tidak menghiraukan tanggapan negatif mengenai rekod buruk mereka di kejohanan utama.

Dan Sterling percaya, mereka mempunyai skuad muda dan berbakat untuk memburu impian besar itu.

“Kami memiliki 23 pemain di sini, 23 pemain yang sangat bagus dan anda tahu kami mempunyai mentaliti untuk memenangi perlawanan” tambah bintang Manchester City itu.

“Setiap pemain mahu memenangi Piala Dunia, setiap negara mahu memenangi Piala Dunia, jadi selain daripada itu, ia bukan bonus. Semestinya anda boleh mengambil ia sebagai sesuatu yang positif tapi anda tidak akan berasa gembira jika tidak memenanginya” – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.