Dalot Kini Milik United

 

 

Pertahanan Portugal, Diogo Dalot menjadi pemain utama kedua ditandatangani Manchester United dalam tempoh dua hari ketika gergasi England itu mengumumkan hari ini mereka sudah mengesahkan perpindahan bernilai 22 juta euro (RM103.03 juta) pemain itu dari Porto.

Dalot, 19 menandatangani “kontrak lima tahun dengan pilihan untuk menyambungnya lebih lama”kata kenyataan United.

Pemain tengah antarabangsa Brazil, Fred menyertai United dari Shakhtar Donetsk dengan yuran dilaporkan melebihi STG50 juta (RM266.94 juta) semalam.

United mensasarkan untuk mengurangkan jurang dengan Manchester City, yang menang Liga Perdana dengan rekod 19 berbanding pencabar setempat mereka itu.

Walaupun hanya membuat kemunculan peringkat senior bersama Porto pada Februari, Dalot dilabelkan pengurus United, Jose Mourinho yang mencipta nama selaku jurulatih Porto, sebagai pertahanan terbaik Eropah pada usianya.

“Diogo pertahanan yang amat berbakat dengan semua kualiti untuk segera menjadi pemain hebat untuk kelabnya” kata Mourinho dalam kenyataan dikeluarkan United – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.