Chelsea Bakal Kehilangan Conte, Abramovich ?

 

 

Sehingga kini kemelut yang dihadapi skuad The Blues yang di palit pelbagai masalah bakal mengundang pengunduran pengendali utama Antonio Conte serta pemilik kelab berkenaan Roman Abramovich

Kedudukan di tangga kelima selepas setahun merangkul gelaran liga dalam musim pertama Conte, ramai menjangkakan aksi final Piala FA adalah penampilan terakhir pengurus dari Itali itu mengendalikan Chelsea meskipun berjaya mengalahkan Manchester United 1-0.

Bagaimanapun masih belum ada keputusan membabitkan kedudukan Conte dengan bekas pengurus Paris Saint-Germain, Laurent Blanc dan Maurizio Sarri yang baru digantikan oleh Carlo Ancelotti di Napoli kini dikaitkan sebagai pengganti.

Kelewatan dalam membuat keputusan itu dikatakan berpunca dengan masalah jutawan Russia Abramovich memperbaharui visa British yang sebelum ini menjadi penyumbang dana terbesar dalam memastikan kejayaan Chelsea sejak mengambil alih kelab pada 2003.

Ia susulan krisis diplomatik antara London dan Moscow berhubung ejen perisik Rusia yang diracun selain tindakan beberapa pihak yang mahu mengenakan sekatan ke atas jutawan Russia itu membelanjakan kemewahan miliknya di London.

Chelsea minggu lalu mengumumkan tidak akan meneruskan pelan pembangunan semula Stamford Bridge dengan kapasiti 60,000 penonton berikutan masalah pelaburan.

Sejarah selepas Abramovich mengambil alih Chelsea, kelab itu paling menonjol dengan memenangi lima gelaran liga, kejuaraan pertama Liga Juara-Juara, Liga Europa dan lima Piala FA dalam tempoh 15 tahun – Tv14

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.