Izara Aishah Akui Sejak Dah Kahwin, Rajin Bangun Sahur

 

Pelakon Izara Aishah akui baru sahaja berlatih bangun sahur selepas berkahwin dengan anak tiri penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

Izara berkata dia kini semakin matang  apabila menyediakan makanan untuk suami ketika bulan Ramadan.

“Saya tak biasa sahur, tapi sejak dah kahwin ni saya jadi lebih matang apabila turut bangun sahur bersama suami.

“Saya yang akan sediakan makanan setiap kali sahur.

“Adib suka makanan yang ringkas ketika sahur. Jika tidak mengambil nasi, dia hanya ambil bijiran,” katanya kepada Astro Gempak.

Izara dan Adib ditemui ketika majlis pelancaran album Nada Seni Gema Lebaran Lagenda.

Sementara itu, Adib turut memuji masakan Izara yang sering memasak untuknya terutama Ramadan ini.

“Izara banyak memasak sekarang dan saya suka semua masakan dia.

“Terbaru saya baru sahaja makan ‘Chicken Butter’.

“Tapi dia pakar memasak makanan melayu seperti Ayam Masak Merah dan sebagainya,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 17 November tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.