Suami Isteri Habis Melecur

 

LELAKI melecur di muka dan tangan kiri dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Taman Desa Kemumin, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa berusia awal 40an dikatakan cuba memadamkan sendiri kebakaran sebelum terkena bahang api.

Isteri mangsa yang cuba membantu turut melecur di tangan kiri.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II ( HRPZ II) di sini untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Mohd Fakri Mazlan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.41 pagi sebelum 14 anggota dua jentera dengan bantuan BBP Kota Bharu bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, rumah teres terbabit sudah 80 peratus terbakar.

“Operasi terus dijalankan dan api dapat dikawal pada 2.16 pagi sebelum dipadamkan sepenuhnya 3.33 pagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

“Kita difahamkan, mangsa dan isterinya cuba memadamkan sendiri api dengan menyimbah air sebelum terkena bahang api daripada kebakaran itu.

“Keadaan mangsa tidak serius dan sudah dibawa ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Katanya, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Kita difahamkan api bermula di ruang tamu sebelum merebak, namun mangsa yang sedang tidur sempat menyelamatkan diri.

” Siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.