Sejak Dahulu Lagi, Penjawat Awam Tidak Pernah Dipaksa Sokong BN

 

 

KUALA LUMPUR 5 Jun – Barisan Nasional (BN) sewaktu zaman pemerintahannya tidak pernah memaksa penjawat awam untuk menyokong parti pemerintah atau tidak pernah menjadikan mereka ini sebagai mangsa kerana memiliki pendirian politik yang berlainan.

 

Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO berkata, ini kerana Perlembagaan BN sendiri membolehkan rakyat sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak, mempunyai kebebasan bersekutu dan mereka berhak untuk menyokong siapa yang mereka mahukan.

 

Menurut unit tersebut, itu merupakan prinsip yang didukung BN sebagai asas demokrasi.

 

“Semasa pentadbiran BN, kita tahu ramai penjawat awam yang menjadi penyokong pembangkang. Mereka termasuklah warga angkatan tentera.

 

“BN tidak memaksa mereka untuk menyokong parti pemerintah atau tidak serta menjadikan mereka mangsa kerana pendirian politik mereka. Ini kerana perlembagaan BN membolehkan rakyat sama ada dalam perkhidmatan awam atau tidak mempunyai kebebasan bersekutu dan hak mereka untuk menyokong siapa yang mereka mahukan . Itulah asas demokrasi,” kata unit berkenaan dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.