Haram Tipu Pengundi Kata Mufti

 

 

TINDAKAN menipu adalah sebuah perbuatan yang keji dari segi agama dan budaya masyarakat kita. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, “Sesiapa yang menipu kami, maka ia bukanlah daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim).

Ini termasuklah tindakan menabur janji dalam kempen pilihan raya atau manifesto oleh mana-mana pemimpin politik. Setiap janji manifesto yang telah dicanang kepada para pengundi hukumnya wajib ditunaikan dalam apa cara sekali pun. Jika tidak, ia dianggap sebuah penipuan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pernah menghuraikan tentang hukum berat menimpa mereka yang membuat janji manifesto, tetapi tidak menunaikannya.

“Penipuan sering berlaku dalam musim pilihan raya. Antaranya mempamerkan manifesto bohong yang pihak meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.

“Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah,” katanya menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Situasi ini saling tidak tumpah dengan kenyataan Kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka tidak mampu melaksanakan Janji 100 Hari Manifesto PRU14 Pakatan Harapan yang ditabur sebelum ini.

Dengan mengambil kira kaedah hukum seperti dalam hadis Nabi SAW dan kenyataan mufti, maka jelas kepada kita semua bahawa ia suatu tindakan yang haram dan berdosa.

Apatah lagi alasan Kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu tunai janji 100 hari itu adalah kerana beban hutang negara mencecah RM1 trillion seperti diumum oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Walaupun pada fakta sebenarnya, jumlah hutang negara sekadar RM686 bilion dengan berada pada paras 50.8% berbanding KDNK negara.

Justeru, bukan sahaja janji 100 hari Pakatan Harapan telah ditipu, malah, rakyat kita juga turut ditipu dengan jumlah sebenar hutang negara kita sehingga menyebabkan ramai pelabur menarik diri dari negara kita beberapa minggu kebelakangan ini.

Berpandukan kepada pandangan Dr Mohd Asri, maka jelas sekali lagi sudah terlalu banyak Kerajaan Pakatan Harapan menipu pengundi dan rakyat – yang hukumnya adalah haram.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.