26 NGO Islam Bergabung Pertahan Jakim, Hantar Memorandum Kepada PM

PUTRAJAYA – Sebanyak 26 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi mempertahankan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Semua NGO yang bernaung di bawah Sekretariat NGO Pendaulat Islam (Sendi) dan Pakatan Ekonomi dan Dakwah NGO (Pack-Ecdah) itu menghantar memorandum tersebut pada pukul 3 petang di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Menurut Presiden Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop), Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut, memorandum itu turut meminta kerajaan memperkasakan pendidikan tahfiz negara.

“Kita sepakat mahu Jakim dikekalkan serta diperkasa di bawah kerajaan baharu dan jabatan itu juga perlu distrukturkan semula supaya program anjurannya tidak mudah dimanipulasi untuk kempen politik.

“Kita juga meminta kerajaan menambah bajet yang diberikan kepada Jakim untuk mengembangkan Islam selain membangunkan maahad tahfiz dan madrasah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.