Umtiti Setuju Sambung Kontrak Barca

 

Pertahanan Perancis, Samuel Umtiti bersetuju menyambung kontraknya bersama Barcelona selama lima musim lagi, menurut kelab itu semalam.

Umtiti, sebahagian daripada skuad Perancis bagi Piala Dunia yang berlatih di Clairefontaine, dekat Paris, akan berkunjung ke Nou Camp di Barcelona hari ini, yang mana dia akan menandatangani kontrak pada sebelah pagi dan menghadiri sidang akhbar 30 minit kemudian.

Umtiti tiba di Barca dari Lyon pada 2016 dengan harga 25 juta euro (RM116 juta) dan mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama. Pemain berusia 24 tahun kelahiran Cameroon itu tampil 18 kali bersama pasukan kebangsaan Perancis.

Klausa tebus kontraknya 60 juta euro (RM278 juta) mula kelihatan rendah apabila Liverpool membayar 84 juta euro (RM389 juta) untuk membeli Virgil van Dijk, Disember lalu dan Manchester City membayar 70 juta euro (RM324 juta) terhadap Aymeric Laporte, Januari lalu.

Jumlah klausa tebus kontrak baru dalam kontrak Umtiti tidak didedahkan semalam.

Perjanjian itu meneruskan senario sambungan kontrak di Barca berikutan kontrak buat Lionel Messi (hingga 2021), Sergi Roberto (2022) dan penjaga gol Marc-Andre ter Stegen (2022) – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.