[Gambar] Senjata Buatan Sendiri Oleh Banduan Yang Mematikan.

Senapang Patah.

 

Circa tahun 1984 dua orang tahanan di Celle, Jerman, telah berjaya menjadikan penjaga penjara sebagai tebusan mereka. Mereka menembak panel kalis peluru dan berjaya melarikan diri. Punca mereka berjaya meloloskan diri adalah senapang patah buatan tangan yang diperbuat sepenuhnya menggunakan besi dari rangka katil, picu daripada serpihan pita langsir, serta dinyalakan menggunakan bateri jenis AA yang digabungkan dengan serpihan mentol lampu.

Shiv.

Bijak namun berbahaya, senjata diberi nama sebagai shiv ini dibuat untuk disesuaikan dengan bentuk salib agar mudah disembunyikan. Senjata ini berjaya dirampas pada tahun 1994 di Wolfenbuttel, Jerman.

Buku Lima

Juga ditemui di penjara Wolfenbuttel, senjata yang mematikan ini dipercayai diseludup dan dibuat dalam bengkel penjara tersebut.

Pistol Dua Laras

Senjata api buatan tangan ini dijumpai di dalam sel dua penghuni penjara Celle pada 15 November 1984. Dibuat dengan teliti dalam bengkel logam penjara.

Cambuk/ Cemeti.

Jika cambuk biasa sahaja boleh memberikan akibat yang buruk pada mangsa, apa lagi jika cemeti itu dipasang dengan pisau cukur. Tentu mampu membunuh sesiapa sahaja. Alat ini dirampas dari penjara Santa Fu, Hamburg, Jerman.

Shank
Dirampas dari penjara New Jersey, alat ini dibuat dengan menggunakan sudu keluli tahan karat. Sampul sudu tersebut dililit dengan getah agar dapat dijadikan pemegang.

Penyangkuk

Penyangkuk sepanjang 4.5 meter ini merupakan gabungan antara tali dan kulit. Rekaan ini selain digunakan sebagai senjata, ia juga telah membantu dua orang banduan melarikan diri dari penjara Ludwigsburg pada 1987.

Lastik

Dibuat dan diseludup dari bengkel logam Wolfenbüttel Prison, Jerman pada tahun 1991, lastik ini digunakan sebagai alat untuk menyampaikan pesanan rahsia, dadah, senjata malah skru sebagai peluru jika ditujukan kepada kepala banduan yang lain.

Pisau

Pisau merupakan alat yang secara jelasnya diharamkan dari dibawa masuk ke penjara. Walaubagaimanapun, koleksi pisau yang berjaya dirampas ini menunjukkan kretiviti serta ketekunan para banduan yang ditahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.