Polis turut merampas beberapa butir bom buatan sendiri dan bahan letupan lain dalam serbuan berkenaan.

Menurut jurucakap polis, Setyo Wasisto, kesemua suspek, dilaporkan merancang untuk melakukan serangan di bangunan Parlimen tempatan di Pekanbaru.

Dalam serbuan di sebuah fakulti universiti terbabit, polis menjumpai bom paip, bom tangan buatan sendiri serta komponen bom yang dikenali sebagai triacetone triperoxide atau TATP.

Polis turut merampas senapang udara dan beberapa set busur serta anak panah, selain beberapa bahan untuk membuat bom.

Bulan lalu, polis menembak mati empat lelaki yang menggunakan pedang samurai dan menyerang ibu pejabat polis di Pekanbaru.

Pihak berkuasa tempatan turut menyuarakan kebimbangan berhubung peningkatan aktiviti radikal di universiti negara ini.

Malah, sejumlah kaji selidik yang dijalankan ke atas para pelajar di negara ini, menunjukkan mereka memberikan sokongan signifikan terhadap kumpulan pengganas Daesh. – REUTERS