Janna Nick Terima Ucapan Romantis Dari Anak Sheila Rusly

Keakraban Janna Nick dengan keluarga Shiela Rusly bukanlah sesuatu yang baru tetapi semalam anak Sheila yang dikenali Uzair Haqimy telah merakamkan ucapan yang agak romantis buat pelakon itu sempena hari jadinya.

BACA: Ayda Jebat: Saya Tiada Masalah Dengan Janna Nick

Sebelum ini pernah juga kedengaran ura-ura mengatakan mereka bercinta tetapi dinafikan oleh Janna sendiri. Pun begitu ucapan romantis Uzair buat Janna semalam seolah mengiyakan hubungan istimewa mereka.

Kalau dilihat pada gambar yang turut sama dimuat naik, nampak mesra Janna dan Uzair bergambar berdua. Malah peminat juga seakan merestui hubungan istimewa mereka (jika bercintalah), ramai memuji mereka nampak sangat sweet.

Kalau betul pun bercinta apa salahnya, Janna dengan Uzair pun sudah lama berkawan baik. Difahamkan keakraban Janna dengan keluarga Sheila hinggakan pelakon itu mempunyai bilik di kediaman Shiela dan sering bermalam di sana. Elok sangat dah tu!

https://www.rotikaya.com/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.